Sunday 2 March 2014

Amanah Itu Mengajarku

In The Name Of Allah , The Most Gracious , The Most Merciful

Bismillahirrahmannirrahim.
Allahumma solli ala Muhammad , wa ala alihi wa ashabihi ajmai'n.

Langkah demi langkah ana berjalan. Ana buka mata ana. Allahurabbi. Lihatlah, ana sudah tingkatan tiga. Kenangan demi kenangan, berlalu pergi. Memadam kejahilan diri sewaktu dulu. Imej ana pun mula berubah. Ana belum berniqab. Tapi, ana mula mengenakan pakaian yang labuh. Ana cuba, istiqomah meskipun terkadang sukar apabila berada di situasi yang agak, menguji diri.

Ana dilantik menjadi Jawatankuasa Pengurusan Asrama (Ketua Aras) di asrama puteri.

"Sofea... Macam mana? Boleh menjadi seorang kakak yang paling tua kepada aras kamu?" tanya ketua asrama puteri.

Argh, amanah der. Bedebuk jatuh menimpa diri. Kata Imam al-Ghazali, "Perkara yang paling berat di atas muka bumi ini adalah amanah."

Beratnya. Tingkatan satu, tingkatan 2, dan tingkatan 3. Bezanya perangai mereka. Makin tua, makin naik kepala. Hmm. Positif itu penting. Ketua, ada hak. Pertahankan diri sendiri, meskipun terkadang, diperlekehkan.

Bermacam dugaan yang menimpa ana, semakin hari, perkara negatif masuk ke dalam diri ana. Aura negatif pada ana, sering mencetuskan pandangan negatif orang lain terhadap diri ana.

"Sofea, kenapa akak selalu nampak Sofea jalan seorang-seorang? Makin diam pula sekarang."

"Sofea, awak memang suka jalan seorang diri eh? Mana homeroom awak?"

"Sofea, janganlah diam sangat. Jomlah, kitorang nak kawan dengan kau."

"Sofea, pada pandangan aku kau ni jnis lonely lah juga."

Hmm. Ana sengaja sangkal. 

"Bila masa pula saya jalan seorang-seorang? Ada sahajalah masa saya jalan dengan orang lain. Saya cakap bila perlu sahaja."

Sebenarnya, ada sebab ana diam. Sebab apabila ana bersuara, pasti ada yang memperlekehkan, meminggirkan ana. Entah, apalah salah ana. Ana mengadu pada ibu ana. Ana nak mengadu pada Allah, tapi ana fikir tak mengapalah. Dah biasa. Ana sedar, tak sepatutnya ana begitu. Allah lebih tahu. Dia lebih tahu.

Tapi In Shaa Allah, selepas ini, ana cuba menjadi positif. Sebab, Allah selalu ada di sisi ana. Dia pasti tolong ana. Biarlah orang fikir apa. Niat ana ingin bimbing mereka, tapi kini ana sedar. Tidak semestinya mereka akan ikut. Ana juga tidak mampu. Ana juga seorang pendosa. Yang ana perlu bimbing, hanya diri ana sendiri. Sebab, itulah caranya mendakwahi mereka. In Shaa Allah. 

Baiklah, ana ingin sambung kerja rumah. Pada malam ini, ana akan bertolak ke Kuala Lumpur. Sudah tiba masa untuk pulang ke Kedah esok. In Shaa Allah. Tabarakallah.

Allahumma solli ala Muhammad, wa ala alihi wa ashabihi ajmai'n.